Banyak status-status di laman facebook yang hanya sekadar menjadi tempat luahan perasaan atau lebih teruk lagi menjadi tempat untuk memaki hamun seseorang..
Agak rugilah jika kemudahan yang ada pada hari ini tidak digunakan sebaiknya..Biarpun cara kita tidak sehebat ulamak dulu tapi sekurang kurangnya kita telah mencuba..Ayuh sahabat semua mulai hari ini kita jadikan laman sosial samaada facebook atau twitter sebagai tempat untuk kita menyebarkan dakwah atau nasihat yang baik kepada sahabat-sahabat lain. Mudah mudahan setiap status kita akan menjadi asbab peghijrahan mereka ke arah yang lebih baik..Tapi ingat hendaklah kita ikhlas dan tidak hanya mengharap pujian dari orang lain. Ikhlas adalah inti bagi setiap ucapan dan perbuatan, tatakala keikhlasan telah diurai darinya, maka ia akan jadi laksana kulit tanpa intinya, ibarat kuih onde-onde tanpa gula merah sebagai inti pasti hanya akan rasa tepungnya sahaja..
WALLAHU'LAM..Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment