Monday 26 March 2012


MAHABBAH KERINDUAN..


Di celah ruang malam..
Di celah bicara malam..
Ku renung cinta nur-Mu..
Mentafsir hakikat yang datang bertamu menjadi tamsilan perdu nurani...
Di perjalanan yang suram..
Bersyair indah bait-bait mahmudah..
Ku gandingkan di persada ketaqwaan..
Menyusuri relung hayat..
Yang amat singkat..
Di celah ruang malam..
Gemersik zikir berbisik..
Mengalunkan irama..


Sulaman manik-manik..
Lingkaran untaian yang setia..
Asyik menembusi dan menerobos..
Menguak tabir pintu qalbi..
Menyusuplah wangian keimanan..
Menyisih keingkaran..
Rindu mahabbah seorang hamba pada khalidnya..
Ku rafakkan doa kudus menjadi wasilah..
Moga mahabbahMu yang ansar..
Mengisi ruang rinduku..
Itulah anugerah yang terindah..
Buat seorang hamba..


Sunday 25 March 2012

 SALING NASIHAT MENASIHATI KE ARAH KEBAIKAN....
JANGAN TUNGGU BILA NAK JADI USTAZ..YANG PENTING BILA KITA NAK START?..
 






SAHABAT SAMPAI KE SYURGA..
khas untuk semua sahabatku...




Sahabat semangkuk sepiring makan..
Sahabat sebantal ketiduran..
Sahabat sebaya sepermainan..
Bagai kuku dengan daging..
Bagai aur dengan tebing..
Bagai ikan dengan air..
Bagai jarum dengan kelindan..
Ke hulu sama ke hulu..
Ke hilir sama menghilir..
Yang tahan asak dengan banding..
Yang tahan berpahit-pahit..
Kalau koyak tampal menampal..
Kalau condong sokong menyokong..
Terbakar sama hangus..
Terendam sama basah..
Luka tak dipampas..
Mati tidak diungkit..
Sakit tak disebut..
Salah tak ditimbang..
Hutang tidak dibayar..
Bagai seibu seayah kandung..
Bagai kulit dengan isi..
Bagai lukah dengan air..
Itulah sahabat yang dicari..
Sahabat sempit sahabat berlapang..
Guntingnya tidak memutus..
Simpul tidak terungkai lagi..

SEMOGA UKHWAH PERSAHABATAN YANG TERJALIN KEKAL SELAMANYA...

Saturday 24 March 2012

SENTUHAN HATI..PEDOMAN DIRI..



Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya.

Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam,Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan.Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid - murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul dihadapannya lalu beliau telah bercerita :Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung didalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang,yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

  Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyangpun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam.Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya.

Maka setelah selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing -masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia'Allah telah jauh meleset.Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan!Subhanallah! Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya,pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada.Bekas kandangpun tiada, seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira - kira bermaksud :"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa.(SurahAn-Najm : 32)
MELEBIHKAN SESUATU AKAN MENGURANGKAN SESUATU..


Menulusuri pesanan amirul mukminin Sayyidina Umar r.a :


~ Orang yang banyak ketawa akan menyababkan kehebatan dirinya  berkurangan.

~ Orang yang banyak bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya itu.

~ Orang yang kerap melakukan sesuatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya itu.

~ Orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah.

~ Orang yang sentiasa silap pula akan mengurangkan malunya.

~ Orang yang kuat malunya,   kuranglah sifat waraknya.


~ Orang yang kurang sifat waraknya, maka hatinya telah mati.
SIAPA KITA DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK..


Zaman berubah..teknologi semakin maju..jika dulu dakwah hanya dilakukan oleh ulamak atau ustaz-ustaz di masjid sahaja..tetapi sekarang medium dakwah semakin meluas, internet boleh dijadikan salah satu medium dakwah di zaman yang serba moden hari ini..Namu, persoalannya siapa kita di laman sosial khusunya di facebook?
Banyak status-status di laman facebook yang hanya sekadar menjadi tempat luahan perasaan atau lebih teruk lagi menjadi tempat untuk memaki hamun seseorang..


Agak rugilah jika kemudahan yang ada pada hari ini tidak digunakan sebaiknya..Biarpun cara kita tidak sehebat ulamak dulu tapi sekurang kurangnya kita telah mencuba..Ayuh sahabat semua mulai hari ini kita jadikan laman sosial samaada facebook atau twitter sebagai tempat untuk kita menyebarkan dakwah atau nasihat yang baik kepada sahabat-sahabat lain. Mudah mudahan setiap status kita akan menjadi asbab peghijrahan mereka ke arah yang lebih baik..Tapi ingat hendaklah kita ikhlas dan tidak hanya mengharap pujian dari orang lain.  Ikhlas adalah inti bagi setiap ucapan dan perbuatan, tatakala keikhlasan telah diurai darinya, maka ia akan jadi laksana kulit tanpa intinya, ibarat kuih onde-onde tanpa gula merah sebagai inti pasti hanya akan rasa tepungnya sahaja..

JANGAN TUNGGU BILA NAK JADI USTAZ..YANG PENTING BILA KTA NAK START?

WALLAHU'LAM..Selamat Mencuba..

10 Nama-Nama Sahabat Rasullullah yang Dijamin Masuk Surga.

1. Abu Bakar bin Abi Qahafah (As siddiq)

Beliau seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah, hanya berbeda keluarga. Bila Abu Bakar berasal dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah berasal dari keluarga Hasyimi. Keutamaannya, Abu Bakar adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Ia seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlaq yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah. Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar minum arak atau pun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah sehingga tak heran kemudian beliau menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah wafat. Rasulullah selalu mengutamakan Abu Bakar ketimbang para sahabatnya yang lain sehingga tampak menojol di tengah tengah orang lain.
“Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh ummat niscaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar. ”(HR. Al Baihaqi)

2. Umar Ibnul Khattab

Ia berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW dan masih satu kakek yakni Ka’ab bin Luai. Umar masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah daan suami adiknya Said bin Zaid pada tahun keenam kenabian dan sebelum Umar telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang masuk Islam.Sebagai khalifah, Umar adalah seorang yang sangat memperhatikan kesejahteraan ummatnya, sampai setiap malam ia berkeliling khawatir masih ada yang belum terpenuhi kebutuhannya, serta kekuasaan Islam pun semakin meluas keluar jazirah Arab.

3. Utsman bin Affan

Sebuah Hadits yang menggambarkan pribadi Utsman : “Orang yang paling kasih sayang diantara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman. (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi) Utsman adalah seorang yang sangat dermawan, dalam sebuah persiapan pasukan pernah Utsman yang membiayainya seorang diri. Setelah kaum muslimin hijrah, saat kesulitan air, Utsmanlah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin.

4. Ali bin Abi Thalib

Beliau adalah pemuda pertama yang masuk Islam, ia yang menggantikan posisi Rasulullah di tempat tidurnya saat beliau hijrah, Ali yang dinikahkan oleh Rasulullah dengan putri kesayangannya Fatimah, Ali yang sangat sederhana kehidupannya.

5. Thalhah bin Ubaidillah

Beliau adalah sahabat nabi yang pada perang Uhud erkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Thalhah yang berperawakan kekar serta sangat kuat inilah yang melindungi Rasulullah disaat saat genting, beliau memapah Rasulullah yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di ujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan karena mengira Rasulullah telah wafat. Saat itu Thalhah berkata kepada Rasulullah, ”Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku.” Nabi tersenyum seraya berkata, ”Engkau adalah Thalhah kebajikan.” Sejak itu Beliau mendapat julukan Burung Elang hari Uhud.

6. Azzubair bin Awwam

Beliau adalah sahabat karib dari Thalhah. Beliau muslim pada usia lima belas tahun dan hjrah pada usia delapan belas tahun, dengan siksaan yang ia terima dari pamannya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnul Awwam pertama terlihat dalam perang Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnul Awwam berhasil menombak kedua matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan. Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnul Awwam beliau pernah bersabda, ”Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibnul Awwam.” Azzubair ibnul Awwam adalah suami Asma binti Abu Bakar yang mengantarkan makanan pada Rasul saat beliau hijrah bersama ayahnya.

7.  Abdurrahman bin Auf

Beliau adalah seorang pedagang yang sukses, namun saat berhijrah ia meninggalkan semua harta yang telah ia usahakan sekian lama. Namun saat telah di Madinahpun beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya, dan saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat empat ratus dinar, sedang yang masih hidup saat itu sekitar seratus orang, termasuk Ali dan Utsman. Beliaupun berwasiat agar sebagian hartanya diberikan kepada ummahatul muslimin, sehingga Aisyah berdoa: “Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di surga.”

8. Saad bin Abi Waqqash

Beliau adalah orang pertama yang terkena panah fisabilillah, seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keislamannya.

9. Said bin Zaid

Beliau adalah adik ipar Umar, adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh bihayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi, dan Abu Dzar Al Ghifari. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, karena Said adalah seorang sahabat yang dermawan dan murah tangan.

10. Abu Ubaidah Ibnul Jarrah

Beliau adalah orang yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat Badar, sehingga Allah menurunkan QS Al Mujadilah : 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang menempel pada kedua rahang Rasulullah, dan dengan begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu Ubaidah mendapat gelar dari Rasulullah sebagai pemegang amanat ummat, seperti dalam sabda beliau : “Tiap-tiap ummat ada orang pemegang amanat, dan pemegang amanat ummat ini adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah.”









MENCARI KETENANGAN ABADI....


Surau Assyakirin Yayasan Albukhary UUM. Inilah rumah Allah yang tersergam di DPP YAB UUM

Sesuai dengan namanya Assyakirin yang bermaksud orang-orang yang bersyukur, surau ini sentiasa makmur dengan solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu yang sentiasa diimarahkan oleh masyarakat muda-mudi di sini..

Saya teringat peristiwa yang berlaku beberapa hari sebelum pendaftaran pelajar baru ke universiti dahulu, dimana saya bertanyakan kepada beberapa orang sahabat saya yang belajar di universiti sekitar tanah air tentang kehidupan mahasiswa dan penghayatan agama khususnya solat berjemaah di tempat mereka. Jawapan yang mereka berikan ialah semuanya bergantung kepada diri, rasa nak pergi solat berjemaah mereka pergi kalau rasa malas hanya solat di bilik dan surau atau masjid di tempat mereka juga hanya beberapa orang sahaja yang mendirikan solat berjemaah..Hal ini sedikit sebanyak merisaukan dan bermain-main di fikiran saya, "bagaimana pula keadaan universiti yang akan menjadi tempat aku menimba ilmu ni nanti".?.
adakah keadaannya sama seperti universiti yang diceritakan oleh beberapa orang sahabat saya tersebut..
"Kemungkinan juga sebab universiti ni pon bukannya universiti agama seperti UIA" saya hanya membuat andaian sendiri. Sehinggalah minggu pertama saya menjejakkan kaki ke Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary setelah selesai minggu orientasi rupa-rupanya semua andaian yang selama ini bermain di fikiran saya ternyata salah dan silap sama sekali. Saya ingat lagi waktu Maghrib saya turun dari bilik untuk solat di surau dan apabila sampai terdapat sekumpulan sahabat berkumpul di luar surau.."Kenapa tak masuk dalam", saya bertanya. "penuh, kena tunggu second round" jawab seorang dari mereka sambil tersenyum. ' Hah, penuh' sedikit perasaan terkejut menerpa. Saya menjenguk ke dalam surau untuk memastikan apa yang diberitahu itu benar. Ya.. memang benar, penuh dengan para jemaah yang sedang khusyuk mengabdikan diri solat kepada Allah..Ya Allah ..ALHAMDULILLAH...kata saya dalam hati..Setelah beberapa minit selesai jemaah pertama solat kami masuk dan solat berjemaah sekali lagi..
Begitulah seterusnya sehingga hari ini surau ini sentiasa makmur dengan jemaah yang pastinya terdiri dari anak-anak muda yang inginkan dan mengharapkan kerahmatan serta keredhaan dari Allah.
Apa yang dibanggakan ialah kebanyakan mereka ini bukannya kelulusan daripada sekolah agama, hanya dari sekolah harian biasa..tetapi atas dasar tanggungjawab kepada agama dan sunnah Rasulullah mereka menyahut seruan Rasulullah untuk solat berjemaah..

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).
                                                      (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 SEMOGA SURAU ASSYAKIRIN DPP YAB TERUS MAKMUR DAN IMARAH DENGAN JEMAAHNYA YANG SELALU MENDAMBAKAN KEREDHAAN ALLAH SWT.


Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

Kewajipan Solat
Solat adalah ibadah yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Satu daripada rukun Islam yang lima. Suatu kewajipan pada setiap individu yang telah mencapai usia baligh.solat yang difardukan ke atas umat Islam adalah lima waktu sehari semalam. Soat telah disyari’atkan pada malam Isra’ setahun sebelum Hijrah. Fiman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’:

Maksudnya; Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya

Terlalu banyak perkara yang perlu diketahui tentang solat. Orang-orang yang menunaikan solat dengan sempurna akan dikurniakan pelbagai kelebihan. Berdasarkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w. ;

Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya:

Seorang penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam. Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepada ku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat. Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah. Kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah diucapkannya (Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 12 )

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam umat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Inilah yang indahnya dalam Islam..Rasulullah telah mengajar kita dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara..Hanya bergantung kepada kita untuk melakukannya atau tidak..

SEMOGA SURAU ASSYAKIRIN YAB TERUS MAKMUR DENGAN PENGIMARAHAN SOLAT BERJEMAAH DAN MAJLIS-MAJLIS ILMU...AMIN..

Friday 23 March 2012


ALHAMDULILLAH...jika selama ini hanya melihat dan menonton lontaran idea, kepetahan berkata-kata Imam Muda Asyraf di televisyen sahaja akhirnya Allah mempertemukan ana dengan seorang anak muda yang cukup memberi pengaruh besar dalam pembentukan jati diri masyarakat khususnya golongan-golongan muda..semoga Imam Muda Asyraf terus berjaya dalam bidang dakwahnya dan menjadi ikon remaja dan anak muda masa kini..INSYAALLAH.


Thursday 22 March 2012

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH...marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Tuhan sekalian alam yang masih lagi memberi peluang untuk kita hidup di atas dunia yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kita mengabdikan diri kepadNya..Guna dan manfaatkanlah segala peluang yang diberikan oleh Allah sebaik mungkin kerana suatu masa nanti segala peluang ini akan hilang lesap daripada kita dan saat itu kita akan beralih kepada satu alam yang baru iaitu alam barzakh yang menjadi penentu sama ada kebahagian atau kesengsaraan ...
  
     Selagi Ada Ruang Kesempatan, Bergeraklah Bila ditanya, “Siapa mahu ke neraka?” Pasti ramai yang enggan ke sana. “Siapa mahu ke syurga?” Dan pastilah ramai yang mengangguk tanda mahu. Tapi kan, mana ada yang percuma begitu-begitu sahaja. Apatah lagi untuk memasuki syurga. Juga untuk mendekat kepada ALLAh Ta’ala. Mana boleh kita hanya berniat mahu menjadi orang yang sentiasa dekat kepada ALLAh tanpa melakukan sebarang usaha, dan tiba-tiba kita terus menjadi orang yang jiwanya dekat dengan Dia. Di ruang kesempatan waktu yang kita ada pada waktu sekarang ini, cukup memberi kita faham bahawa kita hanya mempunyai waktu yang singkat untuk mengumpul bekalan. Jika ditanya pada diri, adakah setiap perbuatan yang kita lakukan itu kita niatkan kerana ALLAh? Adakah kita melakukan sebarang bentuk kebaikan hanya mengharap redha ALLAh? Adakah apa yang kita cita-citakan itu menjurus kepada mardhotillah? Maka, kerana ruang waktu yang singkat inilah manusia mesti berusaha untuk berebut-rebut melakukan kebaikan hatta sekecil-kecil perkara, dalam setiap sudut kehidupan dan perbuatan. Hei, itu adalah salah satu jalan untuk menuju ALLAh Ta’ala. ALLAh Ta’ala pernah berfirman, “Dan untuk (memperolehi kenikmatan syurga) yang demikian itu, hendak berlumba-lumba orang-orang yang berlumba.” – al Muthaffifin : 26

Wallahu a'lam..