Thursday, 22 March 2012

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH...marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Tuhan sekalian alam yang masih lagi memberi peluang untuk kita hidup di atas dunia yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kita mengabdikan diri kepadNya..Guna dan manfaatkanlah segala peluang yang diberikan oleh Allah sebaik mungkin kerana suatu masa nanti segala peluang ini akan hilang lesap daripada kita dan saat itu kita akan beralih kepada satu alam yang baru iaitu alam barzakh yang menjadi penentu sama ada kebahagian atau kesengsaraan ...
  
     Selagi Ada Ruang Kesempatan, Bergeraklah Bila ditanya, “Siapa mahu ke neraka?” Pasti ramai yang enggan ke sana. “Siapa mahu ke syurga?” Dan pastilah ramai yang mengangguk tanda mahu. Tapi kan, mana ada yang percuma begitu-begitu sahaja. Apatah lagi untuk memasuki syurga. Juga untuk mendekat kepada ALLAh Ta’ala. Mana boleh kita hanya berniat mahu menjadi orang yang sentiasa dekat kepada ALLAh tanpa melakukan sebarang usaha, dan tiba-tiba kita terus menjadi orang yang jiwanya dekat dengan Dia. Di ruang kesempatan waktu yang kita ada pada waktu sekarang ini, cukup memberi kita faham bahawa kita hanya mempunyai waktu yang singkat untuk mengumpul bekalan. Jika ditanya pada diri, adakah setiap perbuatan yang kita lakukan itu kita niatkan kerana ALLAh? Adakah kita melakukan sebarang bentuk kebaikan hanya mengharap redha ALLAh? Adakah apa yang kita cita-citakan itu menjurus kepada mardhotillah? Maka, kerana ruang waktu yang singkat inilah manusia mesti berusaha untuk berebut-rebut melakukan kebaikan hatta sekecil-kecil perkara, dalam setiap sudut kehidupan dan perbuatan. Hei, itu adalah salah satu jalan untuk menuju ALLAh Ta’ala. ALLAh Ta’ala pernah berfirman, “Dan untuk (memperolehi kenikmatan syurga) yang demikian itu, hendak berlumba-lumba orang-orang yang berlumba.” – al Muthaffifin : 26

Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment