Surau
Assyakirin Yayasan Albukhary UUM. Inilah rumah Allah yang tersergam di DPP YAB
UUM
Sesuai
dengan namanya Assyakirin yang bermaksud orang-orang yang bersyukur, surau ini
sentiasa makmur dengan solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu yang sentiasa
diimarahkan oleh masyarakat muda-mudi di sini..
Saya
teringat peristiwa yang berlaku beberapa hari sebelum pendaftaran pelajar baru
ke universiti dahulu, dimana saya bertanyakan kepada beberapa orang sahabat
saya yang belajar di universiti sekitar tanah air tentang kehidupan mahasiswa
dan penghayatan agama khususnya solat berjemaah di tempat mereka. Jawapan yang
mereka berikan ialah semuanya bergantung kepada diri, rasa nak pergi solat
berjemaah mereka pergi kalau rasa malas hanya solat di bilik dan surau atau
masjid di tempat mereka juga hanya beberapa orang sahaja yang mendirikan solat
berjemaah..Hal ini sedikit sebanyak merisaukan dan bermain-main di fikiran
saya, "bagaimana pula keadaan universiti yang akan menjadi tempat aku
menimba ilmu ni nanti".?.
adakah
keadaannya sama seperti universiti yang diceritakan oleh beberapa orang sahabat
saya tersebut..
"Kemungkinan
juga sebab universiti ni pon bukannya universiti agama seperti UIA" saya
hanya membuat andaian sendiri. Sehinggalah minggu pertama saya menjejakkan kaki
ke Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Albukhary setelah selesai minggu orientasi
rupa-rupanya semua andaian yang selama ini bermain di fikiran saya ternyata
salah dan silap sama sekali. Saya ingat lagi waktu Maghrib saya turun dari
bilik untuk solat di surau dan apabila sampai terdapat sekumpulan sahabat
berkumpul di luar surau.."Kenapa tak masuk dalam", saya bertanya.
"penuh, kena tunggu second round" jawab seorang dari mereka sambil
tersenyum. ' Hah, penuh' sedikit perasaan terkejut menerpa. Saya menjenguk ke
dalam surau untuk memastikan apa yang diberitahu itu benar. Ya.. memang benar,
penuh dengan para jemaah yang sedang khusyuk mengabdikan diri solat kepada Allah..Ya
Allah ..ALHAMDULILLAH...kata saya dalam hati..Setelah beberapa minit selesai
jemaah pertama solat kami masuk dan solat berjemaah sekali lagi..
Begitulah
seterusnya sehingga hari ini surau ini sentiasa makmur dengan jemaah yang
pastinya terdiri dari anak-anak muda yang inginkan dan mengharapkan kerahmatan
serta keredhaan dari Allah.
Apa yang
dibanggakan ialah kebanyakan mereka ini bukannya kelulusan daripada sekolah
agama, hanya dari sekolah harian biasa..tetapi atas dasar tanggungjawab kepada
agama dan sunnah Rasulullah mereka menyahut seruan Rasulullah untuk solat
berjemaah..
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian
dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
SEMOGA SURAU ASSYAKIRIN DPP YAB TERUS MAKMUR DAN IMARAH DENGAN JEMAAHNYA YANG SELALU MENDAMBAKAN KEREDHAAN ALLAH SWT.
No comments:
Post a Comment