Kewajipan Solat
Solat adalah ibadah yang dimulakan dengan takbir dan
disudahi dengan salam. Satu daripada rukun Islam yang lima. Suatu
kewajipan pada setiap individu yang telah mencapai usia baligh.solat
yang difardukan ke atas umat Islam adalah lima waktu sehari semalam.
Soat telah disyari’atkan pada malam Isra’ setahun sebelum Hijrah. Fiman
Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’:
Maksudnya; Kemudian apabila
kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut
dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu
berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam
keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna
sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan
yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya
Terlalu
banyak perkara yang perlu diketahui tentang solat. Orang-orang yang
menunaikan solat dengan sempurna akan dikurniakan pelbagai kelebihan.
Berdasarkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w. ;
Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya:
Seorang
penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan
rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami
kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya
mengenai Islam. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang
lima waktu sehari semalam. Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah
sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku? Rasulullah s.a.w menjawab
dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara
sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada
bulan Ramadan. Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa
lain yang diwajibkan kepada ku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak,
kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa
sunat. Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat.
Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang
diwajibkan kepadaku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali
jika engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah.
Kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan
menambah dan menguranginya. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat
beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah
diucapkannya (Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab
sahaja]: 12 )
Seorang
professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang
kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh
badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses
pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas
negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di
minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan
mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan
rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan
kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu
bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang
dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan
tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh
kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur,
badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.
Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang
hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses
pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat
Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat
dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan
cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak
pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk
memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor
didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di
sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya,
selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan
aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan
di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.
Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan
sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah
kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
umat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati
bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan
dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk
kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri
dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.
Inilah yang indahnya dalam Islam..Rasulullah telah mengajar kita dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara..Hanya bergantung kepada kita untuk melakukannya atau tidak..
SEMOGA SURAU ASSYAKIRIN YAB TERUS MAKMUR DENGAN PENGIMARAHAN SOLAT BERJEMAAH DAN MAJLIS-MAJLIS ILMU...AMIN..
No comments:
Post a Comment