ASSALAMUALAIKUM..BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Sahabat sekalian,
Tergerak hati saya ingin menceritakan satu perkara yang saya
rasa harus ada pada semua induvidu. dan ianya mengenai Kejayaan.
Kejayaan adalah sesuatu yang amat subjektif, dan ianya
membawa banyak makna yang berlainan kepada orang lain.
Ada yang menyangkakan bahawa mereka mendapat kejayaan ini adalah
kerana mereka berusaha dan dengan penat lelah dan juga kerja teruk merekalah
yang mereka berjaya. hmmmmm.
Walaupun kerja keras itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan
dalam emncapai kejayaan, tetapi tanpa kasihan ALLAH, maka tak kana berjaya
walau setakat mana kerasa sekalipun kita bekerja. Kita harus melakukan apa yang
harus dilakukan dan kejayaan adalah hak Allah.
Allah saja yang memberikan kejayaan, dengan izin Allah ini
lah maka seseorang itu boleh berjaya. Jadi kejayaan itu sebenarnya adalah milik
Allah dan bukan milik kita. Kita dipilih oleh Allah untuk diberikan kejayaan
tersebut. Dan ini sebenarnya tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk kita
gunakan kejayaan ini untuk menambah nilai kepada orang lain .
Sekiranya anda diberikan kejayaan dalam apa jua perkara maka
pertama sekali anda harus faham kejayaan itu bukan milik anda sebaliknya milik
ALLAH, dan anda hanya di berikan kejayaan itu supaya dengan kejayaan itu anda
boleh membantu orang lain untuk juga berjaya.
Jadi, bagi saya kejayaan adalah satu pemberian kepada orang
yang dipilih mengikut usaha mereka , dan dipertanggungjawabkan untuk membantu
orang lain juga berjaya.
Jadi jika seseorang itu angkuh dan riak akan kejayaan, maka
dia tidak faham akan kebenaran sebenar kejayaan ini. Fikir-fikirkan lah, Semua
orang boleh berjaya dan sebenarnya semua orang dilahirkan sebagai orang yang
berjaya.
"BIARPUN SERIBU KAPAL TENGGELAM DI TENGAH LAUTAN,
NAMUN CITA-CITA MENUSIA TIDAK PERNAH PADAM."
-Hamka
Sekadar ingatan untuk diri saya sendiri dan juga
sahabat-sahabat sekalian.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER..SEMOGA
KEJAYAAN MILIK KITA SEMUA..
exam..oh exam..malas nak study.nak tawakal je boleh tak?haha
ReplyDeleteusaha dulu..baru tawakal..hu2..
ReplyDeleteBelajar kerana Allah, exam pun kerana Allah.