"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa
clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu
lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya.
Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah
sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan
cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah
adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila
menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada
dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima
teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum
nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa
manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk
tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi
episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan,
membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang
tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada
maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu
berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu
bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke
Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu
terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan
nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita.
Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana
'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk
kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah.
Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita
renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita.
Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa
kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa
bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami
atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan
semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di
alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan
yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun
dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang
membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa
kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah.
Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SAW. Biarkan Allah temukan
hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga
turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta
Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah
cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha
Kekal.
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa
Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SAW
sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta
kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang
membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai
daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon
cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan
aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan
kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku
mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan
daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam
mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang
paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk
pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai
malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku
dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya
Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku
demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda,
"Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment