Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap
hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang
seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan
tetapi adakah hasilnya seperti ape yang diharapkan?
Sahabat,sedarlah bahawa usaha itu adalah satu
kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana kita harus
merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang
kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan
ada yang memaling pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan
pengakhiran suatu usaha itu.
Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan
Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang
terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana
ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan qadar.
Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam.
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah
menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah
sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan.
Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.
Sahabat,berusahalah untuk mencari cinta sejati
dengan sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam
usaha. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan mencari cinta sangatlah berat
kerana Allah inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya. Bersabarlah atas
setiap ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya.
Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan
dambakan, percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka yang
bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu,
walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan
tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata
manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita menyedarinya.
Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak
tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.
Demikianlah pilihan Allah... ianya adalah baik untuk
kita, agama kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan
Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada
Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika
ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar
menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita
sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah.
Jika kita solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah
telah berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik.
Maka
Yakinlah! Janji Allah itu pasti benar.
Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah
mengalah dengan ujian yang ada tetapi jadikan lah ujian itu sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus
berusaha dalam mencari cinta sejati. Namun nilai suatu cinta itu janganlah
dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai ole Allah swt. Suatu cinta
yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka Allah.
Tepuk dada tanya fikiran kerana apa kita cintakan
seseorang itu. Adakah kerana hartanya? kerana paras rupanya? atau kerana
agamanya? Pujilah kaum hawa itu atas kecantikannya tetapi pujilah dengan niat
semata-mata pujian atas keindahan ciptaan Allah. Pujian yang bersandarkan
kebesaran dan keagungan yang menciptakannya. Dan janganlah memuji sehingga
mengundang syirik padaNya.
InsyaAllah para sahabat yang membaca akan saya doakan juga supaya anda dipertemukan jodoh yang baik yang mampu
membahagiakan anda bukan sahaja di dunia bahkan di syurga kelak. Amin
No comments:
Post a Comment