Dunia itu umpama satu jambatan. Akhirat itu umpama satu perhentian. Destinasi yang kekal buat selama-lamanya. Akhirat itulah bermulanya satu kehidupan yang baru dan abadi. Tiada siapa menduga waktu dan saat bila ianya akan berlaku. Tiada siapa yang dapat memberitahu kita kerana rahsia itu hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Pemilik Agung Rahsia alam!
Detik berlalu meninggalkan kita. Saat yang tiba menanti dengan penuh rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa, menguji dan mendatangi kita.. Samada yang akan hadir itu nanti adalah musibah, ujian, duka atau bahagia.. Yang pasti semuanya adalah teristimewa dan terindah daripada Allah untuk kita. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat
baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk
bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Maha suci Allah yang memiliki seluruh alam.. Dia mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya dengan sekelumit ujian membawa kita membesarkan Allah di dalam hati. Ya, dengan sekecil-kecil musibah itu juga membawa minda kita supaya sentiasa berpaut mengharap perlindungan dan perhatian daripada Allah SWT. Sungguh, dengan ujian itulah Allah meninggikan darjat hambaNya.. Maka usah bersedih dan sentiasalah bersangka baik tika diri diuji.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula
kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya
jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran, ayat 139)
(Surah Al-Imran, ayat 139)
No comments:
Post a Comment