SAYANGI DAN PELUKLAH DIRI SENDIRI..
Cuba sahabat-sahabat tengok refleksi diri dalam cermin.
Nampak siapa ? Apa yang menarik dengan “si dia” dalam cermin itu? Ada Nampak cacat
cela dan kekurangannya ? Tahukah sahabat-sahabat , individu dalam cermin itu
memang cukup istimewa sebab dia diciptakan oleh ALLAH s.w.t- Pencipta semester
alam yang juga amat istimewa- sebagai bukti keagunganNya yang tidak terbatas.
Tetapi malangnya, saya sendiri dan sahabat-sahabat tidak
begitu. Tidak suka melihat cermin kerana takut akan kekurangan yang ada pada
diri..kuruslah,gemuklah, kulit pucatlah, gelaplah, jerawatlah dan macam-macam
lagi..Rupa-rupanya memang sudah fitrah diri kita yang sedang meningkat remaja sering
merasa tidak sehebat dan standing yang lain..Emosi ibarat “roller coaster” ada
masa gembira sangat dan ada masa sedih sangat.
Untuk menangani zaman remaja ini, emosi sahabat-sahabat
memang perlu dididik , dilatih dan disokong. Siapa yang perlu beri bantuan? Tidak
lain dan tidak bukan ialah orang dewasa yang rapat dengan sahabat-sahabat
seperti ayah ibu, rakan karib dan adik beradik. Sahabat-sahabat perluka jawapan
kepada beberapa persoalan yang sentiasa menerjah di minda. Contohnya “hansome
atau kacak tak saya ni” atau “saya
cantik tak”?
Sebenarnya sabagai remaj muslim sahabat-sahabat tak perlu
tercari-cari inspirasi untuk menjadi manusia terhebat. Dalam AL-Quran Al-Karim,
terlalu banyak ayat-ayat ALLAH yang menjadi motivasi agar manusia menyerlahkan
potensi mereka , tanpa mengira usia, pangkat, keturunan dan salasilah keluarga.
Hayatilah mafhum ayat ke 139 surah Ali Imran,” Dan janganlah kamu berasa lemah,
dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika
kamu seorang beriman”.
Jika sahabat-sahabat berasa sedih kerana tiada sesipa yang
ambil peduli atau tiada tempat mengadu nasib ingatlah ayat ke186 surah Al
Baqarah” Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tantang Aku,
maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang
berdoa apabila dia berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.”
Jangan bersedih lagi, sahabat-sahabat! Jom kita sama-sama
belajar menyayangi diri sendiri lantaran ALLAH amat menyanyangi kita semua.. LA
TAHZAN INNALLAHA MAA’NA…
No comments:
Post a Comment