FAHAMAN PEMIKIRAN DAN ETIKA.
SEKULARISME.
Sekularisme merupakan satu ideologi terkini yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang luas dan bertujuan untuk melahir idea dan nilai secular dalam jiwa setiap individu , masyarakat dan membentuk sebuah negara sekular. Perjuangan utamanya berkitan dengan urusan keduniaan yang mesti dipisahkan daripada dari hal-hal keagamaan seperti politik, ekonomi, sosial, ekonomi, sosial, pentadbiran dan undang-undang. Ianya hanya tertumpu kepada skop keduniaan dan persoalan kebendaan semata-mata. Sekularisme juga memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah Negara. Prinsip sekularisme ialah menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia terlebih dahulu terhasil melalui bukti ujikaji bukan hasil doktrin agama. Individu sekular yang lahir sangat terpesona dan angkuh jika berjaya mempamerkan identity diri sebagai penganut ideologi tersebut.
DEFINISI SEKULARISME
Sekular berasal daripada perkataan Latin` saeculum yang bermaksud masa dan tempat. ,aksudnya ialah masa sewaktu kita menjalanai kehidupan dan tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata. Kehidupan secular mesti berfokuskan kepada kehiduapan dunia yang tiada kaitannya dengan akhirat atau hari pembalasan. Ia juga memisahkan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual juga rohani dan jasmanai. Dari aspek falsafah, secular didefinisikan ialah sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan dari kehidupan manusia.
NEGARA SEKULAR
Negara sekular yang merujuk kepada negara yang menerima anutan fahaman ini bagi negara tersebut iaitu sebuah negara yang memisahkan agama daripada pentadbiran negara. Hal ini dapat dikatakan bahawa penggantian urusan politik atau pentadbiran bebas daripada pengaruh agama yang digantikan dengan undang-undang sivil. Maka keputusan yang dibuat hanya berdasarkan rasional moral yang berdasarkan logik akal pemikiran semata. Beliau juga menggantikan hukum-hukum agama dengan idea sekular sebagai panduan dalam melaksanakan hidup di dunia. Walaubagaimana pun, agama tidak perlu terus dibuang daripada kehidupan secara terang-terangan tetapi secara halus seperti menggalakan individu melakukan perkara-perkara leka daripada menunaikan kewajipan beragama atau menggalakkan melakukan dosa-dosa.
SEJARAH KEMUNCULAN
Ideologi sekularisme tercetus disebabkan oleh pergolakkan kehidupan manusia, antara faktornya ialah:
i)Penentangan dan pengasingan kuasa gereja
Sekular mula dan muncul di negara barat pada pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan eropah sebagai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja. Idoelogi ini muncul hasil perbalahan antara para saintis dengan para paderi di gereja. Ideologi terus berkembang keseluruhan eropah.Hal ini kerana, ilmu pengetahuan dan penyelidikan hanya dibenarkan dan berlangsung di gereja sahaja namun semua hasilnya dianggap salah melainkan bersesuaian dengan kehendak pihak gereja.
ii) Kemunculan Teori Charles Darwin
Teori dipelopori oleh Charles Darwin, beliau merupakan ahli biologi berbangsa inggeris yang dilahirkan pada tahun 1809 masihi. Beliau telah menerokai lautan dan daratan disekeliling dunia. Hasilnya, lahirlah teori yang menyatakan bahawa seluruh makhluk hidup berubah menjadi bentuk mekhluk yang lain lantaran sebuah proses revolusi dan penyempurnaan. Tambah beliau lagi, tidak ada satu pun makhluk hidup diciptakan tanpa adanya sebuah mukadimah dan cara mendadak dan tiba-tiba. Perkara ini turut dialami oleh manusia yang anthropoid bahkan turut dialami oleh beberapa jenis binatang lain seperti kera dan monyet.
PRINSIP-PRINSIP SEKULAR
1.Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia.
2.Mencapai matlamat perjuangan.
3.Kebebasan diri daripada sebarang kepercayaan dan penghayatan kebenaran sekular.
4.Mengutamakan kepentingan ilmu sains sabagai panduan hidup. 5.Hukuman tidak dirujuk menerusi agama.
CIRI-CIRI SEKULAR
1.Penafian hal-hal kerohanian.
A) PENDIDIKAN
1) Menghantar pelajar ke luar Negara untuk melanjutkan pelajaran.
C) UNDANG-UNDANG
KEKUASAAN MANUSIA( MANPOWER)
Manusia bercita-cita tinggi dengan menggunakan akal. Kelemahan manusia bercita-cita tinggi:-
I. Bersifat realistik
II. Krisis dalaman dan luaran manusia
III. Pengiktirafan ahli-ahli pembangunanan terhadap manusia.
LIBERALISME
Liberalisme merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalism menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Ideologi ini bersetuju dengan prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Aliran ini merupakan lanjutan daripada zaman Renaissance di Itali, yang merupkan tindak balas intelek Eropah daripada penindasan golongan gereja. Gerakan ini membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru yang bernama prostetan pada abad ke-16 masihi.Liberalism dari segi politik yang mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang wujud yang memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi.Dari segi ekonomi, aliran ini memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhdap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Mereka berpendapat bahawa pasaran sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan oleh pengguna.
MODENISME
Modenisme merupakan proses tranformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Aliran ini terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Aliran ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.
HUMANISME
Dapat ditakrifkan dengan menganggap bahawa manusia adalah segala-segalanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong. Hal ini kerana menganggap manusia yang menentukan hukum-hakan dan Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini. Sifat fahaman Humanisme :
Percampuaran bebas
Percampuaran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan dan digalakkan atas tidak beza antara kedua-duanya dari segi hak asasi dan tangungjawab.Berusaha menghapuskan halangan-halangan tabii antara lelaki dan perempaun seperti perasaan maluPenggunaan istilah-istilah yang mengelirukan -Istilah ‘Unisek’ yang dipopularkan di kedai gunting rambut bagi menggalakkan lelaki berambut panjang dan perempuan juga digalakkan berambut pendek serta para penghibur juga dijadikan role bagi golongan muda-Istilah ‘bintang’ yang mengambarkan maksud yang baik kepada pelakon-pelakon filem walaupun bercanggah dengan fahaman Islam-Istilah ‘Gay’ merupakan golongan yang mengamalkan hubungan sejenis yang dilaknat oleh Allah-Istilah ‘chairman’ yang digunakan bagi individu yang mempengerusikan sesuatu majlis tetapi istilah ini ditolak oleh gerakan pembebasan wanita Barat Sekular Moden kerana dianggap memperkecilkan golongan wanita- Istilah ‘He’ merupakan istilah yang menunjukkan panggilan tuhan tetapi ditolak kerana tuhan dianggap lelaki.
Penukaran Peranan antara lelaki dan perempuan-Sifat fahaman ini adalah untuk menggalakkan percampuran bebas. Mereka berpendapat wanita yang berharga adalah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya agar khidmatnya diiktiraf, diberi ganjaran dan dinilai.
Gerakan pembebasan wanita-Gerakan mereka pada dasarnya adalah betul tetapi kini merekan gigih menyokong gerakan homoseks dan lesbian atas dasar hak asasi kemuasiaan.
Kaunseling berkelompok-Kaedah kononnya dilakukan bagi menghilngkan perasaan malu, setiap kelompok akan disertai tujuh atau lapan orang yang terdiri antara lelaki dan perempuan dan seorang mereka menceritakan apa sahaja masalah yang dihadapi walaupun masalah yang itu sangat sulit.
Pendidikan Seks-Dimulakan di Sweden tetapi pada tahun 1956 banyak cara pendidikan telah menceroboh panduan-panduan yang telah ditetapkan seperti amalan seks yang ganjil dan kecurangan juga di syorkan sebagai kaedah yang dibenarkan
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (al-Nahl : 125)
No comments:
Post a Comment